Tuesday, April 5, 2011

Tips untuk menghilangkan atau menghapuskan Malware (Perisian Perosak)

Perisian Perosak atau lebih dikenali sebagai Malware teramat sangat menganggu kehidupan seseorang yang memiliki komputer tak kira apa jenis pembuatan ataupun pengeluaran. 
Jika dirujuk kepada Wikipedia, istilahnya adalah seperti berikut:
Perisian perosak (Inggerismalwarekata lakur malice dan software) merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya ataupun paling tidak mengganggu privasi pengguna tersebut.
Pengguna dinasihatkan agar mengenalpasti dan membuangnya secepat mungkin kerana ianya bertujuan untuk:
  1. Menyorok data
  2. Mendapat untung; serta
  3. Menghapuskan kod keselamatan
Seharusnya kita ketahui Malware sentiasa wujud mengikut arus teknologi terkini, jadi janganlah kita berhenti untuk mencari penyelesaiannya. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang kaedah mudah sebelum merujuk kepada yang pakar. Setelah menyingkap dan mencuba pelbagai kaedah, terdapat satu teknik yang terbaik dan dijadikan rujukan saya hingga kini. Kaedah yang dimaksudkan telah dipetik dari laman sesawang Home Comcast. Marilah sama-sama kita ketahui kaedahnya seperti dibawah.


Langkah pertama: Cleanup

- Menggunakan perisian untuk membersih perisian yang tak terpakai (unused) dan fail sementara (temporary files) didalam komputer anda.
- Anda boleh menggunakan CCleaner sebagai rujukan.
Langkah kedua: Scan and clean

- Menggunakan perisian anti-perisian perosak (Anti-Malware tool).
- Anda boleh menggunakan perisian percuma (freeware) seperti Malwarebytes' Anti-Malware ataupun Kaspersky Anti-rootkit TDSSKiller

Langkah ketiga: Protection

- Menggunakan perisian keselamatan yang terkini untuk menghindar Malware menyerang komputer anda lagi.
- Anda boleh merujuk kepada perisian seperti Anti-Virus dan firewall yang sediada seperti Microsoft Security EssentialsWindows Update serta Windows Firewall.
Anda adalah disarankan untuk menggunakan kaedah tambahan seperti menggunakan Anti-Virus yang lebih berkuasa seperti AVG, Avira ataupun avast! dan juga kombinasi firewall tambahan seperti ZoneAlarm. Pastikan perisian-perisian anda adalah sah dan ianya lebih baik mengunakan freeware daripada cetak rompak. Untuk lebih lanjut, silalah merujuk kepada yang pakar.

Sekian, selamat mencuba dan terima kasih.


P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.
Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada home.comcast.net kerana menyediakan maklumat yang amat berguna dan boleh dikongsi bersama.

=========================================

Here is the best link i have for you.
I will try my best to list down the valid link for your reference.
Please use download manager for best download speed.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.
I want credit to home.comcast.net for the sharing and very useful information.

Tuesday, March 29, 2011

Free Photo Editor - aplikasi mudah dan percuma

Suatu masa dahulu, kita tidak dapat banyak pilihan untuk edit gambar2 kesayangan kita. Semuanya memerlukan kos yang tinggi tetapi kini semuanya senang dan boleh dikira berkualiti sama seperti aplikasi yang ada dipasaran. Kalau setakat untuk koleksi peribadi, cukuplah sekadar menggunakan freeware ataupun rangkaian online yang saya maksudkan. Setelah mencuba beberapa aplikasi, saya terjumpa freeware ini dan ianya cukup bagi saya yang masih amatur ini. Disini saya kongsikan beberapa link untuk rujukan pembaca semua.

Freeware pilihan saya untuk photo editing ialah Photoscape. Ini adalah yang terbaik pernah saya cuba dan saya mengharapkan komen2 pembaca sekiranya terdapat aplikasi lain yang bagus dan percuma. Anda perlu mencubanya sendiri dan rasai kelainan dalam edit gambar2 anda.



Tinjauan dan komen yang dipetik dari laman About.com adalah seperti berikut:


"On first glance, I thought PhotoScape was going to be a dud, but I dug in deeper and realized why so many readers of this site have recommended it as a favorite free photo editor. It is jam-packed with features, while remaining very easy to use. PhotoScape includes several modules, which I'll briefly describe here.

The Viewer
The viewer is nothing special, but it does the job. It gives you standard thumbnail view, along with a folders list along the side, and a larger preview window, plus a few functions for rotating images, viewing EXIF data and so on.


The Editor
The editor is where most of the functions are. Here you can apply a multitude of adjustments and effects to your photos. There is everything from one click auto-levels and contrast to advanced color curves, complete with the ability to load and save presets."




Saya senaraikan aplikasi lain yang samada secara online dan standalone.

Online:


Standalone:
  1. Photoscape (Muat turun disini: Mediafire)
  2. GIMP (Muat turun disini: Laman Utama)
  3. Paint.NET (Muat turun disini: Laman Utama)
  4. Photobie (Muat turun disini: Laman Utama)

Diharap pembaca dapat mencubanya sendiri. Sekirannya pembaca boleh berkongsi pendapat dan link, saya amat2 hargai.

Terima Kasih.


Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

================================================

Please use download manager for best download speed.
I want credit to About.com for the sharing and very useful information with picture.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.

Monday, March 28, 2011

Screen Capture atau Print Screen

Pernahkah anda menggunakan butang prt sc di papan kekunci anda? Terdapat pelbagai aplikasi yang mudah dan senang bagi anda selain daripada print screen tersebut. Dibawah adalah aplikasi yang disyorkan untuk anda mencubanya:

1- Capture


Anda dapat muat turun disini : Mediafire

2- SNAGIT portable


Anda dapat muat turun disini : Mediafire

Caranya teramat mudah untuk tujuan menyalin sesuatu objek di skrin monitor anda dan tampalkan.
Selamat mencuba.

Terima kasih.


Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

================================================

Please use download manager for best download speed.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.