Tuesday, April 5, 2011

Tips untuk menghilangkan atau menghapuskan Malware (Perisian Perosak)

Perisian Perosak atau lebih dikenali sebagai Malware teramat sangat menganggu kehidupan seseorang yang memiliki komputer tak kira apa jenis pembuatan ataupun pengeluaran. 
Jika dirujuk kepada Wikipedia, istilahnya adalah seperti berikut:
Perisian perosak (Inggerismalwarekata lakur malice dan software) merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya ataupun paling tidak mengganggu privasi pengguna tersebut.
Pengguna dinasihatkan agar mengenalpasti dan membuangnya secepat mungkin kerana ianya bertujuan untuk:
  1. Menyorok data
  2. Mendapat untung; serta
  3. Menghapuskan kod keselamatan
Seharusnya kita ketahui Malware sentiasa wujud mengikut arus teknologi terkini, jadi janganlah kita berhenti untuk mencari penyelesaiannya. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang kaedah mudah sebelum merujuk kepada yang pakar. Setelah menyingkap dan mencuba pelbagai kaedah, terdapat satu teknik yang terbaik dan dijadikan rujukan saya hingga kini. Kaedah yang dimaksudkan telah dipetik dari laman sesawang Home Comcast. Marilah sama-sama kita ketahui kaedahnya seperti dibawah.


Langkah pertama: Cleanup

- Menggunakan perisian untuk membersih perisian yang tak terpakai (unused) dan fail sementara (temporary files) didalam komputer anda.
- Anda boleh menggunakan CCleaner sebagai rujukan.
Langkah kedua: Scan and clean

- Menggunakan perisian anti-perisian perosak (Anti-Malware tool).
- Anda boleh menggunakan perisian percuma (freeware) seperti Malwarebytes' Anti-Malware ataupun Kaspersky Anti-rootkit TDSSKiller

Langkah ketiga: Protection

- Menggunakan perisian keselamatan yang terkini untuk menghindar Malware menyerang komputer anda lagi.
- Anda boleh merujuk kepada perisian seperti Anti-Virus dan firewall yang sediada seperti Microsoft Security EssentialsWindows Update serta Windows Firewall.
Anda adalah disarankan untuk menggunakan kaedah tambahan seperti menggunakan Anti-Virus yang lebih berkuasa seperti AVG, Avira ataupun avast! dan juga kombinasi firewall tambahan seperti ZoneAlarm. Pastikan perisian-perisian anda adalah sah dan ianya lebih baik mengunakan freeware daripada cetak rompak. Untuk lebih lanjut, silalah merujuk kepada yang pakar.

Sekian, selamat mencuba dan terima kasih.


P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.
Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada home.comcast.net kerana menyediakan maklumat yang amat berguna dan boleh dikongsi bersama.

=========================================

Here is the best link i have for you.
I will try my best to list down the valid link for your reference.
Please use download manager for best download speed.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.
I want credit to home.comcast.net for the sharing and very useful information.