Tuesday, April 5, 2011

Tips untuk menghilangkan atau menghapuskan Malware (Perisian Perosak)

Perisian Perosak atau lebih dikenali sebagai Malware teramat sangat menganggu kehidupan seseorang yang memiliki komputer tak kira apa jenis pembuatan ataupun pengeluaran. 
Jika dirujuk kepada Wikipedia, istilahnya adalah seperti berikut:
Perisian perosak (Inggerismalwarekata lakur malice dan software) merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya ataupun paling tidak mengganggu privasi pengguna tersebut.
Pengguna dinasihatkan agar mengenalpasti dan membuangnya secepat mungkin kerana ianya bertujuan untuk:
  1. Menyorok data
  2. Mendapat untung; serta
  3. Menghapuskan kod keselamatan
Seharusnya kita ketahui Malware sentiasa wujud mengikut arus teknologi terkini, jadi janganlah kita berhenti untuk mencari penyelesaiannya. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang kaedah mudah sebelum merujuk kepada yang pakar. Setelah menyingkap dan mencuba pelbagai kaedah, terdapat satu teknik yang terbaik dan dijadikan rujukan saya hingga kini. Kaedah yang dimaksudkan telah dipetik dari laman sesawang Home Comcast. Marilah sama-sama kita ketahui kaedahnya seperti dibawah.


Langkah pertama: Cleanup

- Menggunakan perisian untuk membersih perisian yang tak terpakai (unused) dan fail sementara (temporary files) didalam komputer anda.
- Anda boleh menggunakan CCleaner sebagai rujukan.
Langkah kedua: Scan and clean

- Menggunakan perisian anti-perisian perosak (Anti-Malware tool).
- Anda boleh menggunakan perisian percuma (freeware) seperti Malwarebytes' Anti-Malware ataupun Kaspersky Anti-rootkit TDSSKiller

Langkah ketiga: Protection

- Menggunakan perisian keselamatan yang terkini untuk menghindar Malware menyerang komputer anda lagi.
- Anda boleh merujuk kepada perisian seperti Anti-Virus dan firewall yang sediada seperti Microsoft Security EssentialsWindows Update serta Windows Firewall.
Anda adalah disarankan untuk menggunakan kaedah tambahan seperti menggunakan Anti-Virus yang lebih berkuasa seperti AVG, Avira ataupun avast! dan juga kombinasi firewall tambahan seperti ZoneAlarm. Pastikan perisian-perisian anda adalah sah dan ianya lebih baik mengunakan freeware daripada cetak rompak. Untuk lebih lanjut, silalah merujuk kepada yang pakar.

Sekian, selamat mencuba dan terima kasih.


P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.
Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada home.comcast.net kerana menyediakan maklumat yang amat berguna dan boleh dikongsi bersama.

=========================================

Here is the best link i have for you.
I will try my best to list down the valid link for your reference.
Please use download manager for best download speed.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.
I want credit to home.comcast.net for the sharing and very useful information.

Tuesday, March 29, 2011

Free Photo Editor - aplikasi mudah dan percuma

Suatu masa dahulu, kita tidak dapat banyak pilihan untuk edit gambar2 kesayangan kita. Semuanya memerlukan kos yang tinggi tetapi kini semuanya senang dan boleh dikira berkualiti sama seperti aplikasi yang ada dipasaran. Kalau setakat untuk koleksi peribadi, cukuplah sekadar menggunakan freeware ataupun rangkaian online yang saya maksudkan. Setelah mencuba beberapa aplikasi, saya terjumpa freeware ini dan ianya cukup bagi saya yang masih amatur ini. Disini saya kongsikan beberapa link untuk rujukan pembaca semua.

Freeware pilihan saya untuk photo editing ialah Photoscape. Ini adalah yang terbaik pernah saya cuba dan saya mengharapkan komen2 pembaca sekiranya terdapat aplikasi lain yang bagus dan percuma. Anda perlu mencubanya sendiri dan rasai kelainan dalam edit gambar2 anda.



Tinjauan dan komen yang dipetik dari laman About.com adalah seperti berikut:


"On first glance, I thought PhotoScape was going to be a dud, but I dug in deeper and realized why so many readers of this site have recommended it as a favorite free photo editor. It is jam-packed with features, while remaining very easy to use. PhotoScape includes several modules, which I'll briefly describe here.

The Viewer
The viewer is nothing special, but it does the job. It gives you standard thumbnail view, along with a folders list along the side, and a larger preview window, plus a few functions for rotating images, viewing EXIF data and so on.


The Editor
The editor is where most of the functions are. Here you can apply a multitude of adjustments and effects to your photos. There is everything from one click auto-levels and contrast to advanced color curves, complete with the ability to load and save presets."




Saya senaraikan aplikasi lain yang samada secara online dan standalone.

Online:


Standalone:
  1. Photoscape (Muat turun disini: Mediafire)
  2. GIMP (Muat turun disini: Laman Utama)
  3. Paint.NET (Muat turun disini: Laman Utama)
  4. Photobie (Muat turun disini: Laman Utama)

Diharap pembaca dapat mencubanya sendiri. Sekirannya pembaca boleh berkongsi pendapat dan link, saya amat2 hargai.

Terima Kasih.


Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

================================================

Please use download manager for best download speed.
I want credit to About.com for the sharing and very useful information with picture.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.

Monday, March 28, 2011

Screen Capture atau Print Screen

Pernahkah anda menggunakan butang prt sc di papan kekunci anda? Terdapat pelbagai aplikasi yang mudah dan senang bagi anda selain daripada print screen tersebut. Dibawah adalah aplikasi yang disyorkan untuk anda mencubanya:

1- Capture


Anda dapat muat turun disini : Mediafire

2- SNAGIT portable


Anda dapat muat turun disini : Mediafire

Caranya teramat mudah untuk tujuan menyalin sesuatu objek di skrin monitor anda dan tampalkan.
Selamat mencuba.

Terima kasih.


Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

================================================

Please use download manager for best download speed.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.

Thursday, October 14, 2010

Aplikasi percuma untuk XP (XP Freeware)

Disini saya ingin memberi sedikit garis panduan untuk memilih aplikasi percuma khasnya kepada pengguna sistem operasi XP. Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati dari internet tetapi saya memilih kepada satu artikel dari home.comcast.net. Ini adalah penerangan yang terbaik pernah saya lawati dan kebanyakkan aplikasi yang dijelaskan dalam laman tersebut pernah saya cuba dan guna untuk jangka masa yang lama.

Untuk ringkasan, saya cuma lampirkan sebahagian garis panduan untuk dikongsi bersama. Diharap maklumat yang ringkas ini berguna sekiranya anda memerlukan aplikasi tambahan yang menjimatkan kos serta sah disisi undang-undang negara.

Aplikasi percuma adalah seperti kategori berikut:
  1. Audio: AudacityMediaCoderSongbird; etc.
  2. CD/DVD: CDBurnerXP ProDVD Flick; etc.
  3. Permainan (Games): XP Games
  4. Grafik (Graphic): BlenderBRL-CAD; etc.
  5. Internet: AM-DeadLinkGMail Drive; etc.
  6. Musik (music): CabosMixxx; etc.
  7. Office: OpenOfficeAbiWord; etc
  8. Scientific: ConvertGoogle Earth; etc.
  9. Security: Avira AntiVir PersonalMicrosoft Malicious Software Removal Tool; etc.
  10. Utilities: AutorunsCCleanerCleanUp!IZArcUnlocker; etc.
  11. Video: JLC's Internet TVK-Lite Codec PackMediaPortalVirtualDub; etc.

Sekian, terima kasih.
P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.
Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada home.comcast.net kerana menyediakan maklumat yang amat berguna dan boleh dikongsi bersama.

=========================================

Here is the best link i have for reference.
I will try my best to list down the valid link for your reference.
Please use download manager for best download speed.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.
I want credit to home.comcast.net for the sharing and very useful information.

Legal Notice - Reproduction of this page in whole or in part is strictly forbidden. This guide and ALL versions thereof are protected by copyright under the Digital Millennium Copyright Act (DMCA). Feel free to link to this Guide.


Advisory Windows XP is still supported by Microsoft through April 8, 2014



Wednesday, October 13, 2010

Kamus dunia maya (online) dan mudah alih (portable)

Hi,

Adakan anda menggunakan kamus seharian? Jika jawapannya adalah ya bermaksud catatan saya ini mungkin bermakna untuk anda. Untuk teknologi masa kini, ramai dah menggunakan kamus dunia maya (online) dan ianya amat mudah sekiranya terdapat rangkaian internet. Terdapat pelbagai laman maya yang menyediakan kemudahan dunia maya ini antaranya:


Jikalau anda mencari-cari kamus mudah alih, saya cuma ada rujukan laman maya untuk anda. Salah satu kamus rujukan saya adalah Oxford English Dictionary With Sound. Minta maaf saya katakan, saya sendiri pun belum berkesempatan untuk mencubanya. Kebarangkalian, pembelian kamus mudah alih ini mungkin boleh dilanggan melalui pembelian dunia maya (online). Sila rujuk kembali kepada laman utama kamus tersebut. Dengan ini saya hanya berkongsi pendapat dan pengetahuan sahaja. Sebarang kesulitan dan kerumitan untuk pembelian kamus mudah alih ini amatlah dikesali.



Sekian, terima kasih.

P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

=========================================

Here is the link for online dictionary especially for Malay - English, Engilsh - Malay and English - English. Just for an additional, i give a reference link for portable dictionary. Hopefully, someone can give a comment once test it out. Please make sure you buy it first and share with me the test result.

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.


Tuesday, October 12, 2010

Cakera padat Blu-ray (Disc) dan Tayangan gambar Definasi Tinggi (HD Movie)

Hi,

Sekarang terkenal dengan tayangan gambar definasi tinggi (HD Movie). Gambar tayangan yang diberi adalah amat jelas dan cantik. Untuk mendapatkan gambar yang terbaik, anda dinasihatkan menggunakan televisyen ataupun PC/Laptop yang mempunyai ciri-ciri/kebolehan definasi tinggi (HD supported).

Cakera padat Blu-ray (disc) pula berkait rapat kerana kemampuannya untuk memenuhi format tayangan gambar (HD Movie). Kebolehan cakera ini membolehkan tayangan gambar berdefinasi tinggi disimpan kerana kapasiti perisian ini amatlah besar. Untuk peringatan, cakera padat Blu-ray (disc) hanya boleh dimainkan oleh pemain Blu-ray (player) dan tidak boleh dimainkan oleh pemain CD/DVD biasa. Satu lagi cara untuk menonton tayangan gambar berdefinasi tinggi ini adalah dengan menukarkan atau memuat turun sumbernya kepada peralatan lain seperti cakera keras (hard disk) ataupun peralatan tambahan televisyen seperti HD Media Player untuk dimain semula pada TV mahupun PC/laptop.



Definasi Blu-ray dari Wikipedia:


Blu-ray Disc (official abbreviation BD) (Japaneseブルーレイディスク Burū-Rei Disuku) is an optical disc storage medium designed to supersede the DVDformat. The format defines as its standard physical media a 12 cm (same as DVDs and CDs), 25 GB per-layer optical disc, being dual layer discs (50 GB) the norm for feature-length video discs, and the addition of more layers left open as a future possibility.
The name Blu-ray Disc refers to the "blue laser" used to read the disc, which allows for five times more storage than on a DVD.
Blu-ray Disc was developed by the Blu-ray Disc Association, a group representing makers of consumer electronics, computer hardware, and motion pictures. As of June 2009, more than 1,500 Blu-ray Disc titles were available in Australia and the United Kingdom, with 2,500 in the United States and Canada.[2] In Japan as of July 2010 more than 3,300 titles were released.[3]
During the high definition optical disc format war, Blu-ray Disc competed with the HD DVD format. Toshiba, the main company that supported HD DVD, conceded in February 2008,[4] releasing their own Blu-ray Disc player in late 2009.[5]


Terdapat banyak laman untuk kita dapatkan tayangan gambar ini di internet tetapi undang-undang di Malaysia tetap menjadi kesalahan kerana ia dikategori sebagai cetak rompak. Sebagai contoh laman Free HD Movie ini adalah tidak sah dan salah di negara ini. Semoga maklumat ini jelas dan anda semua dapat memahami permasalahan ini.



Sekian, Terima kasih.


P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

=========================================


This entry explained related Blu-ray and HD Movie. HD technology made the picture became clear crystal and the quality was really great. Download a movie from internet is still illegal in this country. I hope the link i shared is for reference only but not for other purpose. 

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.


Monday, October 11, 2010

Aplikasi komputer mudah alih (Portable Application)

Hi,

Kebanyakkan aplikasi terkini menggunakan ruang yang banyak untuk di simpan dalam cakera keras (hard disk). Salah satu teknologi terkini yang saya gemari adalah menggunakan aplikasi mudah alih (portable application) dan ianya boleh disimpan di dalam pemacu kilat USB (USB pendrive/thumb drive).

Definasi aplikasi mudah alih diolah dari Wikipedia:


portable application (portable app) is a computer software program that is able to run independently without the need to install files to the system it is run upon. They are commonly used on a removable storage device such as a CDUSB flash driveflash card, or floppy diskPortable apps should not be confused with software portability where software allows its source code to be compiled for different computing platforms. Portable applications can be run on any computer system with which they are compatible but typically require a specific operating system such as Microsoft Windows XP or above, certain version of a Linux distro, etc.
Portable software is typically designed to be able to store its configuration information and data on the storage media containing its program files.
To certain operating systems such as AmigaOS, the concept of portable application has no use at all because all applications are portable by definition. Depending on the operating system, portability is more or less complex to implement.

Dibawah ini saya lampirkan laman-laman rujukan yang selalu saya lawati. Sila pastukan anda hanya memilih aplikasi percuma (freeware). Diharap kandungan laman-laman tersebut boleh digunakan dan tidak melanggar undang-undang negara kita.





Terdapat banyak lagi laman-laman yang menawarkan di internet. Semoga penerangan saya digunakan sebaiknya.

Terima kasih.


P/s: Sila baca amaran blog ini, supaya tiada sesiapa cuba menyalahgunakan maklumat yang ada.

=========================================


Here is the link for portable freeware. This is useful because it only use small space to run the application. The application can be use direct from pendrive/thumb drive or you can install the folder to your PC or your lappy. I used it many times and i feel it was really good to share with others. Please leave your comment is you need me to list down other link and share with me. 

Rdgs.
P/s: Please read and understand my term and condition.